Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) komited menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program Perantisiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini.<br /><br />Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu perlu dipercepatkan demi kepentingan pelajar kerana setakat ini hanya 8.3 peratus atau 23,101 peranti sahaja telah diagihkan kepada golongan berkenaan.